Empayar 3: Hikayat Saka Keturunan Raja by Teme Abdullah
Empayar 3: Hikayat Saka Keturunan Raja by Teme Abdullah New Arrival Pahang, Malaysia, Terengganu, Kuantan, Mentakab, Pekan Supplier, Suppliers, Supply, Supplies | MBS BOOKS & STATIONERY
RM 30.00
2 in stock
Penulis: Teme Abdullah
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2022
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789672459415
Bil. Muka surat: 496 m/s
Format: Paperback
Harga: RM30
Berat: 0.4kg
 
Sinopsis
 
Saka raja yang diwarisi telah memberi kesaktian luar biasa kepada Sang Putera. Jijik dengan amalan syirik jurai keturunannya itu untuk kekal berkuasa, Putera Aradhana Sastra, pewaris tunggal Kesultanan Aradhanapura melarikan diri untuk menjadi rakyat biasa. Dengan harapan, hidupnya akan lebih tenteram.
 
Namun, kemunculan suatu makhluk dari gua yang tahu asal usul Sang Putera menggugat rencananya.
 
“Aku sudah tidak tahan hidup melarikan diri seperti ini! Sedalam mana aku menyembunyikan diri, ada sahaja yang kenal siapa diriku!”
 
Sang Putera kini menjadi buruan ramai atas tuduhan mengamalkan ilmu hitam. Pada masa yang sama, Kesultanan Aradhanapura goyah akibat ketiadaan pemerintah. Rakyat pula kian tertindas dengan percaturan puak yang mabuk kuasa.
 
Kezaliman membanjiri tanah keramat. Putera Aradhana Sastra merasakan kewujudan diri dan jurai keturunannya hanya membawa malang kepada kepulauan Nusantara.
 
“… hanya darah Jurai Aradhana sahaja yang dapat membela kepulauan ini!”
 
Sang Putera enggan terus dibelenggu saka warisan. Namun, perit untuk diabaikan sahaja tanah air dan rakyatnya. Mampukah Sang Putera akhirnya berdepan dengan hakikat keturunannya sendiri?
 

Please leave your enquiry here, we will reply as soon as possible.


*only support gif, jpeg, jpg, png, pdf
Switch To Desktop Version